Tuesday, November 3, 2009

Masa

Dah seminggu tak kemaskini blog ni, hari2 mengadap laptop, tapi kena buat keje lain. Ni tak termasuk dengan gangguan 3 dara kenit lagi. Sepatutnya bulan ni dah hantar anak2 ke nursery, tapi tunda bulan depan sebab buat keje kat rumah. So, boleh fully breast-feed baby Humaira. Sebenarnya malas nak belajar pam susu, alasannya - tak pernah buat. 

Kali ni, disebabkan dah berazam nak fully breast-feed, maka kenalah cuba jugak. Masa yang ada ni boleh digunakan untuk ganti puasa masa pantang. Anak pertama - bawak kat pejabat, jadi tak de masalah. Anak kedua - campur dengan susu formula sebab tak cukup.

Kadang-kadang jeles kat surirumah sepenuh masa - boleh concentrate 100% masa pada family. Tapi tak boleh nak jeles sebab terpaksa fikirkan hal2 lain selain daripada keluarga. 



Rahsia beriani - 1

BERAS

Beras memainkan penanan yang penting dalam menentukan kualiti nasi yang akan dihasilkan. Berdasarkan pengalaman memasak menggunakan pelbagai jenis beras dan juga cara memasak nasi, sama ada menggunakan dapur kayu, arang, gas mahupun elektrik, sukatan air perlu diubah mengikut keadaan.

Bagi brasmathi, ianya tidak memerlukan kuantiti air yang banyak, iaitu 1 pot beras = 1 pot air. Pastikan sukatan tepat (beras mesti paras permukaan pot beras dan bukannya membukit). Akan tetapi, bagi beras makan yang biasa memerlukan sukatan air yang lebih, bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

Elakkan daripada membuka penutup periuk terlampau kerap ketika nasi sedang masak, bagi mengelakkan kehilangan wap air. Kekurangan wap air berlebihan boleh menyebabkan nasi mentah. 

Sekiranya berlakunya nasi mentah, jangan panik, renjiskan air panas ataupun letakkan cawan kaca yang berisi air panas di tengah2 nasi dan tutup periuk. 

Kalau gunakan dapur gas atau arang/kayu, elakkan api yang terlampau kuat kerana boleh menyebabkan air mengering terlampau cepat.



Tuesday, October 27, 2009

Resepi 1

Seperti yang dijanjikan, ini dia resepi beriani yang biasa kami gunakan. Tapi harap maaf, nasi dah habis dulu sebelum sempat diambil gambar... InsyaAllah akan diusahakan gambarnya ye..

NASI BERIANI

Bahan-bahan

1 kg brasmathi – basuh & tuskan
Air – sama sukatan dengan beras (cth. 1 cawan beras = 1 cawan air)
Susu Cair (1/2 cawan)
Pewarna Kuning/Saffron (1/2 sudu kecil)
Kismis

Bahan Tumis

Rempah 4 sekawan: (3 buah pelaga, 3 cengkih, 1 bunga lawang dan 2 inci kayu manis)
7 biji Bawang Merah } blend/cincang halus
5 ulas Bawang Putih } blend/cincang halus
1 inci Halia } blend/cincang halus
2 sudu kecil Rempah Beriani
Daun Pandan
1½ senduk Minyak Jagung
garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik baunya dan keluarkan.
2. Minyak yang sama tadi, digunakan untuk menumis campuran bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3. Masukkan rempah beriani & garam dan masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan beras dan goreng selama 3-5 minit / kering air basuhan beras
5. Masukkan air, susu dan kacau untuk sebatikan campuran tutup periuk dan biarkan sehingga air kering.
6. Kacau nasi Masukkan kismis. Tutup periuk.
7. Bila nasi masak, titiskan pewarna.


Nota

Untuk rasa dan aroma yang lebih sedap, boleh direnjiskan air mawar setelah dititiskan pewarna, tutup periuk dan biarkan sehingga sedia untuk dimakan.



Monday, October 26, 2009

Rahsia.....

Kalau "rahsia" dibagitahu bukan rahsia lagi betul tak? Hehehe.... Sebenarnya saya bukannya nak mendedahkan rahsia nasi beriani sebenarnya. Resepinya tetap sama seperti yang terdapat dalam mana-mana buku resepi. Kalau berbeza pun hanyalah sedikit.

Minat masak nasi beriani atau lain-lain jenis nasi tak semestinya disebabkan oleh ianya makanan "favourite". Kadang-kadang lidah menjadi sensitif tentang rasa sesuatu jenis masakan tersebut bukan kerana faktor tersebut. Boleh jadi rasa sensitif itu timbul disebabkan ianya makanan kegemaran pasangan kita ataupun anak-anak kesayangan.

Disebabkan lumrah seorang ibu mahupun isteri mahukan yang terbaik dihasilkan oleh tangannya untuk orang yang tersayang ..... ha, itulah dinamakan air tangan. Mana boleh nak disamakan masakan mak kita dengan orang lain sebab ianya dihasilkan istimewa untuk kita. Pernah tak perhatikan ibu kita makan dalam kuantiti yang sedikit atau langsung tak makan masakannya? Sebenarnya kepuasan itu sudah cukup mengenyangkan insan yang bernama ibu.

Berbalik kepada rahsia nasi beriani kita pulak, akan diterbitkan secara bersiri bermula pada episod seterusnya.

Sunday, October 25, 2009

Nasi Beriani

Selamat Datang ke blog saya.

Berminggu-minggu ambil masa nak letak nama blog ni, bukan tak de idea, tapi sibuk dengan anak-anak dan juga kerja. Kalau ada masa dan kelapangan, ada pulak tangan-tangan kecil yang nak menolong taip. Kata yang sulong dia dah pandai buat kerja, so boleh tolong mama menaip. Yang adiknya pulak, cakap jangan kacau dia nak buat kerja. Akhirnya semua tak dapat menaip dan niat nak siapkan blog tergendala.... kesian.

Hari ni baru dapat sambung balik - setelah semuanya tido kepenatan pulang daripada rumah mertua di Sungai Merab, Selangor. 

Tajuk hari ni "nasi beriani" bukannya pasal saya nak bagi resepi nasi beriani, tapi pasal cadangan keluarga hubby dok suruk kami bukak restoran sebab katanya nasi beriani yang hubby masak sedap - "masa jamuan raya untuk jiran-jiran mertuaku". So, topik hangat siang tadi pasal nasi beriani jer lah nampaknya. 

Me, no komen sebab hubby memang suke masak nasi beriani untuk orang lain makan dalam skala besar, especially kenduri sebab pernah belajar & tolong masak nasi untuk kenduri kawen. Itulah dia. Tapi kat rumah sendiri .....emmmmm dia cuma juri masakan isteri jer. Nasib baik nasi beriani bukan kegemaranku... kalau tak, hehehe ......kempunan. 

Tapi kami berdua punya minat yang sama - masak nasi beriani & kami berdua boleh berbincang sepanjang malam pasal nasi ni hanya untuk mendapatkan cara untuk menyedapkannya. Satu lagi rahsia kami ... kami akan cuba nasi beriani yang ada dijual di pasaran untuk membandingkan dengan beriani yang telah kami hasilkan, termasuklah restoran-restoran mamak & arab. Mana yang sedap akan kami jadikan panduan, manakala yang kureng sikit tu, kami cari apa kelemahannya. 

Pasal nak bukak restoran ni, bukan tak minat, tapi belum masanya lagi. Takkan nak bukak restoran jual nasi beriani aje, betul tak? Banyak benda yang nak kena rancang & belajar.... & bukan semua ilmu masakan & berniaga makanan ni diajar kat sekolah masakan kalau kita masuk kelas masakan, tak gitu? 

Kesimpulannya, kami memang suke masak nasi beriani, tapi buat masa sekarang ni sebagai minat je... manalah tahu suatu hari nanti, siapa tahu, kan?  

Walau apapun, kami akan terus buat R&D untuk resepi beriani sehinggalah kami berpuas hati dengan hasilnya. 

Misi Kami - Nasi yang enak & berkhasiat. 

Nak tahu rahsia???? Nampaknya kenalah tunggu sebab dah penat & terlalu mengantuk untuk menaip lagi. Bye!!!!